Balik dari kedai dengan mak, aku lalu sebuah rumah ibadat Sikh, Hindu, Buddhist, Islam. Radius kurang dari 2 km di lokasi aku ada gereja, ada kelab-kalab hiburan.

“Mak, kalau kita berada dalam kalangan dan tempat yang ada orang2 alim,warak baik2 ni, bukan semua baik2 belaka pun kan. Dan kat tempat yang ada ramai orang yang tak baik tu bukan semuanya tak baik pun.”

Mak angguk.

“Bezanya, bila orang yang pi tempat baik2 macam rumah ibadat ni memang kita nampak kebaikan yang nyata. Dan orang yang pi tempat2 tak baik tu, bila orang kat situ buat baik.. kebaikan depa tersembunyi. Dan tempat baik2/suci tu bukannya tak ada kejahatan tersembunyi kan”

Manusia jahat mana pun, mesti ada kebaikan dalam diri dia.

Manusia yang baik macam mana pun mesti ada keburukan dalam diri.

Nak tunjuk, tak tunjuk saja.

Apa2 pun tu antara kita dengan Tuhan.

Antara dia dengan Tuhan.

Antara aku denga Dia Yang Satu.

Nanti ada la yang kata tak boleh nak tegur and dakwah ka apa..

Bukannya tak boleh, tapi ada cara la. Jangan sampai mengaibkan dia.

And hg akan nampak bersepah komen2 kat laman sesawang tu… ‘dia yang mengaibkan diri dia sendiri’

Dia buat sendiri, yang hang sibuk nak buat juga pasaipa?

Kan.

Advertisements

1 1

1st kena cabut undi untuk tugasan minggu.

Teresa: look at her, so eager.

Semalam I cabut dulu, I dapat Minggu Pertama.

Me: I memang dapat rasa I akan dapat 1st. (Happy sebab I suka nombor 1 tapi tak happy kenapa kena 1st haha. Haritu test QTI JPJ litar pun aku kena 1st). Ah rindu pula uncle Teoh.

Teresa ad yang lain gelak.

Daniel: eh okay ma, 3 hari saja.

Me: (baru teringat minggu ni start kerja hari Rabu) oh ya lah! (Terus semangat buat tugasan)

Tugasan :- bagi ikan makan, sapu daun kering & buang sampah.

Ala, buang sampah dan bagi ikan makan tu aku memang dah buat sebelun ni, so tak dak hal lah. Segan kat sapu daun kering ja. 🍂🍂🍂🍂 😂

Dan apa pula kertas undi lagi satu?

Haa tuu pula vote untuk dapatkan coklat. Aku dapat 1 again! Hahahah Teresa memang gelak la, apa you ni. Kena pula flavor yang Teresa nak, Macadamia. So, I exchange the chocolate with her, I ambil Hazelnut.

I ada banyak nombor kegemaran.

1.

11.

3.

Dan banyak lagi hahaha

One year has passed.

I like him so much.

About 5 years have passed.

How I got to be so damn lucky.

Ya Rabb, please put us together without losing ourselves.

Let him be mine for real.

Makeup tipu-tipu

Malam semalam aku belajaq makeup dengan adik aku. Asalnya nak blajaq cara pakai foundation. Alang2 belajaq sama cara nak lukih kening, pakai comcealer dan apa benda tah. Serabut aku nak recall haha. Nampak sangat aku ni blajaq masuk telinga kanan, kluaq telinga kiri. Anyway ni bukan kisah yang aku nak story kali ni.

Ini kisah yang jadi petang semalam.

“SIAPA PAKAI MAKEUP AUNTY?!”

Marah adik aku hahah sebab alat solek dia diusik. Adik ada kat bilik sebelah.

Aika dengan Si Kecik Deena ada dengan aku. Aku pula duk melayan lawak Aggretsuko. Deena duk senyap2 tengok sama. Tapi ada suara lain.. tahan sebak. Aku langut tengok.

Aika nangis tapi dia tahan diri dari keluarkan bunyi.

“NI SAPA USIK CONTACT LENS AUNTY?”, garang adik aku tanya soalan terjah masuk bilik aku. Contact lens yang sepatutnya ada dalam bilik dijumpai Rina Garang kat luar bilik. 😂

Deena dan aku pusing tengok Rina. Lepas tu kami sambung layan anime. 😂 Aika duk mendiamkan diri.

Soalan tak dijawab. Rina keluar dari bilik.

Aku pause anime. Pusing tengok Aika yang duk tahan sebak. Aku tanya Aika,”Aika buat ka?”. Terus nangis nangis nangis.

Hmmm

“Pi minta maaf dengan aunty rina”

Aika nangis sambil geleng kepala.

“Awat tak mau pi minta maaf?”

Nangis lagi, geleng kepala,tekap muka, peluk lutut.

“Aika main makeup aunty rina?”

Aika angguk.

“Haa.. main dengan Zara?”

Aika angguk, lagi nangis.

“Hahahah (aku tergelak sebab rasa lawak) hgpa main makeup? Mana makeup tu? Tak nampak muka ber’makeup’ ponnn”

“Aika main tipu-tipu wuwuwuwuw” lagi kuat dia nangis. 😂😂😂 aku duk gelak. Jahatnya aku as aunty.

“Laaa hahahah main tipu-tipu saja ka. Lain kali nak guna tanya aunty. Jangan la pandai2 masuk bilik guna barang dia. ”

Aika tengok aku sambil lap mata.

“Ni lain kali nak buat lagi?”

Aika geleng. Tau pun tak nak.

“Pi kata sorry kat aunty rina”

Terus nangis lagi. Tadi dah reda. 😂😂😂

“Awat tak nak? Aunty ikot hg sama”, aku gengam tangan dia.

“Aika takut”

“Hg nak takut apa, aunty ada. Kalau dia marah hg, aunty marah dia.”

Aika geleng kepala.

“Kalau dia marah aunty (aku) balik, kita lari sama2” 😂😂😂 aku tak lepas tangan dia. Nak ajar dia cari sikit keberanian.

Aika still refused to apologize.

“Kalau hg tak minta maaf, esok2 pun aunty rina nanti bising kat hg. Minta maaf la ni, aunty rina nanti okay dah lepas tu.”

Geleng kepala tak mau juga.

“Aunty ikot hg pi kat aunty rina. Hg kena minta maaf tau sebab hgpa dah usik barang aunty rina hgpa. Kalau tak minta maaf, macam mana hg nak jumpa aunty rina nanti? Aunty rina beli hadiah pony tau kat hg. Yang hg duk main tu.. comel kan pony. Mahal tau. Mana aunty rina garang. Dia garang pasai hg usik barang dia.”

Aika angguk masa aku sebut fasal pony. Means dia memang tahu pony tu Rina yang beli. Dia tahu Rina bukan marah saja2.

“Jom pi minta minta maaf”, dari tadi aku tak lepas gengam tangan dia. Aku bangun berdiri, dia ikot sama.

Tapi dia berundur.

“Jommmm aunty ada kan”

“Aika takut”

“Aiyo, tak payah takut la”

Da sampai 5 tapak sebelum bilik rina.

“Kata sorry kat aunty rina”, aku bisik kat Aika pegang bahu dia dan minta dia gerak ke hadapan aku

Aika mengeraskan diri tak mahu ke depan.

“Sorry aunty rina”

“Aunty rina hg tak dengaq. pi depan lagi. Cakap kuat sikit”

Aika takut2 ikut juga aku sampai betul2 depan pintu bilik Rina.

“Sorry aunty rina”

“Kuat lagi sikit”, sebab bagi aku suara dia tak cukup kuat. nak dia cakap biaq betul2.

“SORRY AUNTY RINA”, ini baru nampak bersungguh dan tak ada nada takut2.

“Pasaipa main makeup aunty?” Soal Rina.

“Nak main lagi?”

**rina soal lah

Aika jawab saja soalan2 Rina.

There you go. Nak takut apa. Bolah saja jawab. Masa tu dia dah lepas tangan aku dan ada bergerak setapak dua ke dalam bilik Rina. Haish..aku beria nak Aika cakap sorry walaupun bukan dia sorang yang main alat solek rina sebab… aku tak pasti apa yang aku buat ni betul atau tak. Tapi aku perasan kadang2, budak2 ni depa akan menyalahkan kawan depa walaupun sama2 main. Aku pun pernah lalui zaman kanak2 dan terlibat dalam konflik. Jadi, bila tengok cara dia jawab soalan Rina. Nampak la dia tak menyalahkan Zara mahupun nak menegakkan yang dia better. 1) akui silap dia. 2) tahu ucap maaf 3)*paling susah* untuk kita promise tak akan buat lagi. (Aku sendiri tak berani nak janji, so aku pun tak berani nak ajar dia berjanji. Cukup soal dia tanya nak buat lagi ke tak, dan biaq dia sendiri tahu dia nak repeat or tak)

Basic thing. Tak boleh semua orang garang. Hahah

1st aku belajar dari mak dan arwah bapa.

Arwah bapa garang. Mak pun garang.

Result Math masa Darjah 1-3 aku teruk gila. Aku pandai. Aku cari arwah bapa untuk signed. Sebab arwah bapa akan geleng kepala saja. Kalau bagi mak.. mati aku kena bising.

Ada crush sekolah rendah confess. Aku cerita kat mak aku. Hahaha sebab arwah bapa tak suka semua anak2 perempuan berkawan dengan lelaki. (EXCEPT KHALAF, sebab dia kan memang 1st kawan aku).

2nd aku belajaq dari kakak kedua aku.

Masa kecik2 bila aku dan adik aku kena marah kaw2 dengan mak. Kakak kedua akan pujuk kami dan bawa pi makan KFC.

Legend kut KFC weh.

3rd aku belajar dari kakak sulung.

Kalau time husband kakak marah anak2. Kakak aku akan pujuk. Bila kakak aku marah pula, husband dia akan pujuk anak2.

Dan aku nak budak2 ni pun tau.

Kat rumah tok hgpa. Kalau sorang marah, bukan semua orang akan marah. Jenuh la dia nak hadap. Sorang aunty marah asal aunty depa lagi sorang pun ikot marah dengan nenek pun marah depa sama. Nanti depa tak berani nak akui, baik diam dari mengaku kan?

So, in our situation. Bila Aunty Rina marah. Nenek depa neutral (tak masuk campur) dan Aunty Ira pula pujuk.

Sama juga bila Nenek marah, Aunty Ira tak masuk campur, Aunty Rina pujuk.

Bagi balance.

Aku pun pernah marah depa. Tapi aku terkena balik. Depa tak takut dengan aku. Hampeh betul.